Wednesday, 25 April 2012

BAND 1


KEMAHIRAN
Mendengar dan Bertutur

BAND
1

PERNYATAAAN STANDARD
Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B1 DL 1
Berinteraksi  dengan menggunakan perkataan yang mudah

EVIDENS
B1 DL1 E1
Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian.

AKTIVITI PENTAKSIRAN
1.Guru berbual dengan murid tentang hobi pada masa lapang.
2.Murid-murid memberikan respon kepada perbincangan.
3.Guru mengarahkan murid berbincang dengan pasangan tentang pengisian masa lapang mereka.
4.Guru meminta kedua-dua murid berbual tentang aktiviti pada masa lapang.

Contoh perbualan:
Murid 1: Apakah aktiviti yang anda selalu buat pada masa lapang?
Murid 2: Pada masa lapang saya suka bermain bola sepak.
Murid 1: Di manakah anda selalu bermain bola sepak?
Murid 2: Saya selalu bermain bola sepak di padang berhampiran dengan rumah
                 saya.
Murid 1:Siapakah yang selalu bermain dengan anda?
Murid 2:Saya selalu bermain bersama-sama dengan rakan sekolah saya.
Murid 1: Di manakah posisi kegemaran anda?
Murid 2: Saya suka bermain sebagai penyerang.











KEMAHIRAN
MEMBACA
BAND
1
PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan, dibaca dan ditulis.
DESKRIPTOR
B1 DB1
Membaca ayat daripada sesuatu sumber.
EVIDENS
B1 DB1 E1
Membaca ayat secara mekanis daripada sesuatu sumber dengan bimbingan.
AKTIVITI PENTAKSIRAN

1.      Guru meminta murid membuka buku teks Antologi Cerpen Kasut Kelopak Jantung.
2.      Guru meminta murid membuka halaman 84, cerpen Kasut Kelopak Jantung.
3.      Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan tersebut secara bergilir-gilir.
4.      Guru membimbing murid yang kurang lancar bacaannya.
5.      Ketika murid membaca, guru mengisi Borang Inventori Bacaan.

CONTOH BAHAN BACAAN



“Ahmad tak ada. Dia pergi ke kebun sayur mengambil upah memetik cili. Sebentar lagi dia balik,” kata orang tua itu. “Encik ni siapa?” tambahnya kemudian.
            “Saya Cikgu Harun.” Riak wajah wanita itu terus berubah mendengar jawapan itu.
            “Jemputlah naik,” pelawa wanita itu. Cikgu Harun dapat meneka bahawa wanita itu ibu Ahmad daripada raut wajahnya.
            “Tak apalah! Saya nak jumpa Ahmad,” balas Cikgu Harun.
            Tidak lama kemudian Cikgu Harun terpandang kelibat seorang budak lelaki berjalan di celah-celah semak di belakang rumah. Pergerakan budak itu tidak lancar. Cikgu Harun hanya menanti dengan sedikit debaran di dada.
            “Ahmad!” sapa Cikgu Harun apabila budak itu hampir dengannya. Ahmad seperti terkejut dengan sapaan dan kehadiran Cikgu Harun. Dia terus sahaja membatukan diri. Cikgu Harun memerhatikan Ahmad dari atas ke bawah. Pandangannya terlekat peda kaki Ahmad. Kelopak jantung pisang yang sudah berjurai-jurai masih terlekat pada kaki budak lurus itu.

“Kenapa tak buka kelopak jantung ini?” tanya Cikgu Harun pantas. Perasaannya mula tersentuh. Dia tidak menyangka arahan supaya tidak menanggalkan kelopak jantung itu benar-benar dipatuhi oleh anak murid yang selalu menganggu perhatiannya itu.
            “Saya belum cukup duit untuk membeli kasut baru, jawab Ahmad terkebil-kebil. Jemari halus kelihatan kemerah-merahan, barangkali bekas keperitan bekerja memetik cili api di kebun sayur berdekatan.
            Air mata Cikgu Harun gugur tanpa disedari. Dia terus sahaja menghidupkan enjin motosikalnya. Dia melalui denai-denai sempit menuju ke arah pekan berdekatan. Di pekan itu, dia membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut.
            Kemudian, Cikgu Harun bergegas pulang. Dia terus  ke hujung kampung. Dia menyerahkan beg plastik berisi pakaian sekolah itu kepada Ahmad. Ahmad tetap dengan caranya berhadapan dengan guru darjahnya itu, diam dan terkebil-kebil.
                 (Antologi Kasut Kelopak Jantung, halaman










KEMAHIRAN
MENULIS

BAND
1
PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan,dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR
B1DT1
Menulis ayat mudah.

EVIDENS
B1DT1E1
Menulis ayat mudah dengan bimbingan (FN+FN,FN+FK,FN+FA,FN+FSN)

AKTIVITI
PENTAKSIRAN
1.       Guru menunjukkan contoh-contoh ayat mudah bagi keempat-empat pola ayat (FN+FN,FN+FK,FN+FA,FN+FSN)
2.       Guru meminta murid menulis ayat mudah dengan melengkapkan tugasan yang disediakan.



B1DT1E1 (Aras 1)





FN
FN/FK/FA/FSN
Saya
Harimau itu
Pemuda itu
Adik
Ke Kota Kinabalu.
jurutera.
membaca buku.
garang.


Lengkapkan pola ayat di bawah berdasarkan padanan ayat di atas.

1.        FN + FN
____________________________ .

2.       FN + FK
____________________________.

3.       FN + FA
____________________________ .

4.        FN + FSN
____________________________ .








B1DT1E1 ( Aras 2)

Lengkapkan ayat-aat berikut dengan menggunakan pola ayat dasar yang berikut.

                FN + FN
1.        Puan Salmah _______________ .

FN + FK
2.       Murid-murid itu ______________ .

FN + FA
3.       ______________  besar.

FN + FSN
4.       _______________ dari  Sabah.




B1DT1E1 (Aras 3)

Bina ayat mudah berdasrkan pola ayat di bawah.

              FN + FN
1.        _______________________________________ .

FN + FK
2.       _______________________________________ .

FN + FA
3.       _______________________________________ .

FN + FSN
4.       _______________________________________ .